Saturday, November 11, 2017

RAWATAN ALTERNATIF ATAU PSYCHOTHERAPY UNTUK AD SUFFERER?

To be frank, saya buat dua-dua. But at first, saya buat rawatan secara alternatif. Darulsyifa' ,berurut, mandi buang gelisah, you name it. Semua! Lepas banyak sangat siri hyperventilation keluar masuk hospital yang endingnya semua reading jantung normal, saya pilih buat rawatan alternatif sebab saya dan family totally mati kutu macamana nak hilangkan rasa berdebar dan gelisah tu. Mak sampai susah hati takut saya meroyan. Serius.

Condition sebulan pertama saya memang sangat worse from the day saya almost collapsed dekat office sampai kena tahan red zone for the second time. Start dari situ, jantung memang 24 hours berdebar. Tangan trembling, kaki sejuk, kerap berpeluh, 24 jam otak asyik berfikir kejap lagi nak kena apa pulak, dan part paling teruk tak tido 2 hari. Sudahlah fully breastfeed. Kurus pucat macam mayat hidup. Masa tu, parent dan parent in law yang banyak mainkan peranan uruskan anak-anak.

Sebulan saya berubat secara alternatif. Bukan setakat tu, hari-hari baca Al-Quran. Solat awal waktu. Pasang dan ikut ayat-ayat ruqyah. Kaki still sejuk macam gitu jugak. Berpeluh jugak. Sampai ke satu stage, bila petang je, dada jadi ketat and rasa nak murung. Risau takut malam tak dapat tidur. Sebab saya sempat belajar breathing technique guna tubeless oxygen mask dekat hospital tu, so saya apply dekat rumah purposely untuk saya tidur je. Huhu. Masa ni, yang saya perasan bila tidur,semua simptom dekat atas hilang. Infact kaki yang sejuk tu pun panas macam normal. 

Sampailah husband balik dari Austria, saya ingat everything will be back to normal. Most of the family pun fikir saya jadi macamtu sebab husband jauh. Unfortunately, masa je. Makin teruk adalah. Satu, sebab saya terlalu 'risau' penerimaan husband dgn keadaan saya. Secondly, 'risau' dia tinggalkan saya. I'm not joking. sampai ke tahap tu saya fikir. Masuk hari ketiga dekat Malaysia, husband force untuk rawatan psikologi. Dan yes, rawatan itulah yang saya pilih dan proceed sampai sekarang walaupun dah hampir ok. 

WHY?

Saya tak kata rawatan alternatif tak bagus. Don't get me wrong. It just, bila saya buat rawatan harini, lepastu ok kejap, esoknya jadi balik. Obviously bila macamtu, saya tak boleh uruskan anak2, back to work or uruskan daily basis. That's why saya cuba rawatan psikologi walaupun dalam keterpaksaan. Yes,saya IN DENIAL yang saya maybe depression whatsoever.Ada orang yang lepas berubat alternatif, sihat balik macam biasa. Few cases orang terdekat, ada yang sembuh dengan rawatan alternatif. So, saya assume ikut case la kot. Or type sakit.

PENERIMAAN SAYA DAN HUSBAND?

Masa sesi first dengan psikitri, terus saya di diagnosed Anxiety Disorders (Postpartum). Doktor just dengar simptom, prescribed ubat dan clarify tentang sakit ni in details. Penerimaan saya, of course macam nak meraung tak nak terima tapi lastly accept jugak. Penerimaan husband? Sebab dia ada dalam bilik doktor, dia pun accept. For the first time saya rasa hilang satu burden dalam kepala.

TIPS RAWATAN PSIKOLOGI SAYA

Walaupun macam kelakar, maybe it just my way even dalam kerja yang everything pun kena fikir pasal commit schedule, so saya tulis every single things how/ what/ when/ where (everyday) dalam notebook purposely untuk bawak next sesi therapist. Dalam tu selain notes pasal condition badan, semua soalan pun tulis takut lupa. Ok, masa sesi tulah saya fully utilized untuk get all the points dan practic time by time. Bukan mendadak. But slowly. 

Does it work on me? Indeed, yes. Dari situ saya tackle bila kena attack macam ni, apa reaction yang perlu saya buat (contoh). Sampai satu stage, saya stop menulis sebab banyak benda basic dapat tackle. Then saya switch method tracking guna smartphone, smartwatch, gopro untuk collect data everyweek. Bukan harian dah. example, HEART RATE. Bila keadaan rehat, berapa heart rate compare to awal2 AD. Bila exercise or waktu mengemas rumah berapa? Dari situ kita boleh nampak from bad to good. So nampak kan improvement? 

Banyak lagi tips. Tapi dah mengantuk. 


Till next writing,
XOXO 

No comments:

Post a Comment