Basically terpulang pada individu, berapa lama tempoh berkesan ubat yang di prescribed by Doctor Psychiatrist tu. Macam saya, it takes almost a month baru nampak impact. Infact, therapist sessions pun weekly sebabnya nak tengok progress dan nak make sure dosage ubat2 tu betul. Satu tips yang penting, masa therapist tolonglah jangan cheat semata-mata nak kurangkan dosage ubat or mengaku makin baik. Sufferer kena betul2 telus dan jujur sama ada nampak improvement or tak. Jangan jaga hati doktor mahupun orang sekeliling. Kalau tak, lambat baik.
Ok. Macam kes saya, saya di prescribed 4 jenis ubat. 2 siang, dan dua malam. Antaranya anti depressant dan ubat yang boleh kurang wave panic bila kena serangan. Dalam tempoh sebulan, saya boleh nampak improvement lepas makan semua ubat tu. Tapi bukan 2 hari makan terus nampak effectiveness dia. Tak. Makan masa 2 minggu jugak.
Dalam tempoh 2 minggu tu, yang saya sempat catit in general, bila makan ubat malam, dan tetiba anak mintak susu botol or breastfeeding, sumpah bangun melelong sampai langgar dinding. Punyalah pening and mamun. Ok. Masa ni saya wonder jugak, takkan sampai bila2 effect dia macam tu? Satu lagi, dalam 2 minggu pertama tu saya mudah lupa. Like betul2 lupa. Even simple2 thing. Sampai kena sit down tarik nafas dalam2 nak rewind balik pun tak boleh ingat. So, next session terus saya feedback pada doktor, was it kesan ubat or saya akan hilang ingatan? Huhu. Mujur doktor cakap, itu kesan temporary. Walaupun macam malas nak percaya, saya tawakal lah jugak.
Now meh bincang kesan wave attacks lepas saya follow secara rigid schedule makan ubat dan turutan dosage yg doktor semakin lama semakin kurangkan, month by month. Walaupun jumlah ubat saya banyak, tapi mostly in range of 0.5MG to 10MG yang paling highest. Masih dalam dosage rendah.
Saya draw chart kat atas ni so that korang semua boleh faham secara kasar. Untuk my case, wave panic attacks ni selalu serang waktu pagi dan petang. Sebab time ni, time yang agak peak in daily basis. Waktu pagi dan balik kerja. For the first month, graph masih lagi tinggi atas arahan doktor, saya perlu bertahan dan tak boleh lawan sebarang attack. Bila masuk bulan kedua dan dia nampak agak ready, masa ni baru saya mulakan langkah untuk lawan. Bila rasa tak mampu, saya back off. Ada masa, saya akan demotivated bila lawan dalam keadaan tak bersedia. Actually tulah teknik yang salah.
Masuk bulan by bulan, graph attacks saya makin berkurang walaupun masih rely on medication. But it's a good sign. Masa ni saya start bersukan. Dan buat semua aktiviti yang saya mampu. Ingat, when we talk about panic attacks (anxiety), we do talks about Heart rate. So, aktiviti yang saya try mostly saya monitor heart rate supaya tak kena wave attacks.
Macamana teknik bersukan tu, nanti saya story dalam next post.
Till next writing,
XOXO
No comments:
Post a Comment